Site icon TechNave BM

Redmi K40 Game Enhanced Edition akan dilengkapi butang fizikal di bahagian bucu

Telefon gaming pertama dari Redmi, Redmi K40 Game Enhanced Edition, bakal dilancar pada 27 April ini di China dan beberapa spesifikasi telefon itu telah pun disahkan, seperti cipset Dimensity 1200. Hari ini Redmi mengesahkan satu lagi ciri utama untuk telefon ini iaitu butang fizikal di bahagian bucu.

Dalam sebuah video pendek, Redmi menunjukkan butang tersebut yang boleh keluar daripada sisi telefon sebaik sahaja pengguna mengaktifkan suis khas. Fungsi ini pasti akan memudahkan gamers yang bergantung pada butang bahu untuk bermain game mereka.

Turut kelihatan adalah rangka telefon ini yang diperbuat daripada besi. Selain butang fizikal, Redmi turut mengongsikan markah penanda aras AnTuTu untuk telefon ini iaitu sebanyak 724,495 mata. Markah yang tinggi ini dihasilkan daripada cipset andalan Dimensity 1200 dan pastinya penting untuk prestasi gaming yang lancar.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming pertama Redmi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version