Site icon TechNave BM

Redmi K40 Game Enhanced Edition akan mempunyai pencahayaan RGB

Kelengkapan gaming PC biasanya dilengkapi dengan pencahayaan RGB untuk menunjukkan estetika gamer dan trend tersebut semakin mendapat tempat dalam industri telefon pintar. Kini, telefon gaming pertama daripada Redmi yang bernama Redmi K40 Game Enhanced Edition dilaporkan bakal mempunyai pencahayaan RGB di belakangnya.

Dalam satu video yang dikongsi oleh Redmi, pencahayaan itu bakal dijana oleh lampu LED yang mengelilingi bonggol kamera telefon tersebut dan boleh memaparkan warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Terdapat juga sebuah lambang kecil berbentuk kilat di sebelah bonggol kamera yang turut menghasilkan pencahayaan RGB.

Setakat ini, spesfikasi yang sudah disahkan untuk Redmi K40 Game Enhanced Edition ini adalah bateri 5,065mAh, pengecasan pantas 67W, cipset Dimensity 1200 dan skrin OLED 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 480Hz.

Telefon ini akan dilancarkan pada 27 April jam 7:30 malam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi K40 edisi gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version