Site icon TechNave BM

Redmi K40 Game Enhanced Edition dilancar: Dimensity 1200, AMOLED 120Hz bermula ~RM1,391

Redmi telah melancarkan telefon pintar gaming mereka iaitu Redmi K40 Game Enhanced Edition di China. Ia dilengkapi pelbagai spesifikasi yang dijangkakan untuk sebuah peranti gaming pada 2021 termasuklah skrin AMOLED 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 480Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W.

Untuk cipset, ia dilengkapi cipset andalan MediaTek Dimensity 1200 yang digabungkan dengan RAM 6GB, 8GB dan 12GB serta storan 128GB atau 256GB. Terdapat juga sebuah kamar wap (vapour chamber) untuk tujuan penyejukan telefon.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Redmi K40 Game Enhanced Edition:

Telefon gaming ini akan mula dijual pada 30 April di China dan setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version