Site icon TechNave BM

Redmi K40 Game Enhanced Edition sah hadir dengan skrin OLED 120Hz!

Redmi K40 Game Enhanced Edition akan menjadi telefon pintar gaming yang pertama dari siri Redmi. Walaupun ianya hadir dengan nama Redmi K40, spesifikasinya sangat berbeza dari model Redmi K40 yang lain.

Terbaru, Xiaomi menunjukkan bahawa Redmi K40 Game Enhanced Edition ini akan hadir dengan skrin OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrin OLED tersebut adalah paparan 10-bit yang mempunyai 1.067 bilion warna dan menyokong HDR10+.

Skrin peranti ini juga dikatakan akan hadir dengan 8192 peringkat kecerahan yang membolehkannya berubah (dengan sangat tepat) mengikut situasi semasa. Ia juga hadir dengan sokongan warna DCI-P3 gamut.

Sumber dalam talian menyatakan skrin peranti ini mungkin bersaiz 6.43 inci.

Untuk spesifikasi lain, Redmi K40 Game Enchanced Edition akan hadir dengan cipset Mediatek Dimensity 1200. Ia juga dilengkapi butang fizikal di bahu telefon khas untuk digunakan sewaktu bermain game.

Apa pun, nantikan pelancaran telefon gaming Redmi pada 27 April ini untuk butiran spesifikasi telefon yang lebih lengkap.

Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version