Site icon TechNave BM

Redmi K40S dilancar: SD 870, AMOLED 6.67″ 120Hz dan kamera swafoto 20MP bermula ~RM1,190

Sub-jenama Xiaomi, Redmi, telah mengumumkan telefon ketiga bersama K50 Pro dan K50 iaitu Redmi K40S. Redmi K40S tidak jauh beza dengan Redmi K40 melainkan daripada segi kuasa pengecasan, kamera makro dan reka bentuknya.

Redmi K40S dilengkapi cipset Snapdragon 870, pilihan RAM 6GB, 8GB, atau 12GB RAM, dan 128GB atau 256GB storan UFS 3.1. Ia mempunyai paparan E4 AMOLED 6.67 inci beresolusi 1080x2400px dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz.

Daripada segi kamera, kamera utamanya hadir dengan sensor Sony IMX582 1/2.0-inci 48MP f/1.8 dan kanta yang distabilkan secara optikal. Terdapat juga kamera ultralebar 8MP dan makro 2MP. K40S mempunyai kamera swafoto 20MP. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 67W.

Redmi K40S tersedia dalam empat pilihan varian iaitu 6/128GB berharga CNY 1,799 (~RM1,190), 8/128GB berharga CNY 1,999 (~RM1,320), 8/256GB berharga CNY 2,199 (~RM1,455) dan 12/256GB berharga CNY 2,399 (~RM1,585).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version