Site icon TechNave BM

Redmi K50 Gaming Edition akan dilengkapi kamera utama 64MP dengan sensor IMX686

Telefon pintar gaming Redmi K50 Gaming Edition bakal dilancar pada 16 Februari 2022 di China dan syarikat itu kini telah pun memulakan kempen promosinya dengan berkongsi reka bentuk telefon serta prestasi fotografi.

Untuk kamera Redmi K50 Gaming Edition, ia akan dilengkapi kamera utama dengan sensor Sony IMX686 64MP manakala di hadapan pula ia akan dilengkapi kamera swafoto dengan sensor Sony IMX596 20MP. Berikut adalah contoh gambar yang diambil menggunakan telefon tersebut:

Redmi menjanjikan prestasi fotografi malap yang lebih baik dengan sensor tersebut. Selain itu, ia juga akan mempunyai sensor anti-kelip (anti-flicker) untuk pelarasan nilai pendedahan (exposure) yang lebih cepat.

Spesifikasi lain yang dikongsi oleh Redmi termasuklah skrin OLED FullHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 480Hz, pengiktirafan DisplayMate A+ dan binaan Gorilla Glass Victus. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan perak.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version