Site icon TechNave BM

Redmi K50i dilancar: MTK Dimensity 8100, skrin 6.6″ 144Hz dan pengecasan pantas 67W bermula ~RM1,447

Seperti yang dijadualkan, Redmi K50i telah dilancarkan pada hari ini. Peranti ini merupakan telefon segmen pertengahan dengan cipset MediaTek Dimensity 8100 tetapi ia mempunyai beberapa spesifikasi peringkat andalan yang mungkin menjadikannya menonjol antara yang lain.

Peranti ini memaparkan LCD 6.6 inci dengan kadar penyegaran 144Hz adaptif. Perlu dinyatakan bahawa panelnya adalah daripada variasi Fringe Field Switching (FFS) dan ia merupakan telefon Redmi pertama dengan sokongan Dolby Vision. Baterinya berkapasiti 5,080 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Tambahan pula, Redmi K50i dilengkapi dengan persediaan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP ISOCELL GW 1, ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP di bahagian belakang. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto yang menggunakan sensor 16MP ditempatkan pada takuk lubang tebuk tengah.

Ciri lain termasuk Gorilla Glass 5, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, port IR, Dolby Atmos dan MIUI 13 berdasarkan Android 12. Terdapat pilihan varian 6/128GB berharga INR 25,999 (~RM1,447) dan varian 8/128GB berharga INR 28,999 (~RM1,614). Ia akan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan perak.

Buat masa ini, tidak pasti sama ada ia akan sampai ke Malaysia tetapi kami akan memberitahu anda jika terdapat maklumat baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: SINA

Exit mobile version