Site icon TechNave BM

Acara pengumuman Redmi K60 Ultra pada 3 Ogos 2023

Redmi secara rasmi mengesahkan bahawa acara pengumuman untuk peranti baharunya Redmi K60 Ultra dijadualkan pada esok, 3 Ogos, jam 2 petang di China. Syarikat itu telah mengeluarkan poster melalui akaun Weibo mendedahkan bahawa pengumuman Redmi kali ini membawa sokongan MediaTek dan Pixelworks.

Redmi K60 Ultra dijangka menampilkan cipset MediaTek Dimensity 9200 Plus dan cip paparan Pixelworks untuk pengalaman visual yang dipertingkatkan. K60 Ultra dijangka akan dilancarkan bersama beberapa produk lain seperti Xiaomi Mix Fold 3, Xiaomi Pad 6 dan Redmi Pad 2.

Menurut laporan, K60 Ultra akan hadir dengan panel OLED 6.67 inci beresolusi 1.5K dan kadar penyegaran 144Hz. Ia akan mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan, bateri 5,000mAh atau 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Selain itu, peranti ini dijangka tiba dalam dua konfigurasi RAM LPDDR5x 12GB + storan UFS 512GB dan RAM 16GB dengan storan 1TB.

Sumber turut mendedahkan bahawa versi penjenamaan semula atau tweak K60 Ultra akan dikeluarkan sebagai Xiaomi 13T Pro di pasaran global. Syarikat itu dijangka mengumumkan Xiaomi 13T Pro dan 13T pada 1 September 2023 di seluruh dunia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version