Site icon TechNave BM

Redmi K60 Ultra dan Xiaomi 13T Pro disahkan menampilkan Dimensity 9200+ SoC

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Redmi K60 Ultra akan dilancarkan secara global sebagai Xiaomi 13T Pro dengan menampilkan cipset MediaTek Dimensity 9200+. Bberdasarkan penyenaraian Geekbench, Xiaomi telah mengesahkan bahawa ini sebenarnya sah di satu acara di China pada 3 Ogos 2023.

Dalam butiran pengumuman yang dikongsi oleh Redmi di Weibo, syarikat itu berkata bahawa cipset Dimensity 9200+ mempunyai skor AnTuTu sebanyak 1,774,714, yang sangat mengagumkan. Tambahan pula, K60 Ultra juga disahkan menampilkan pemproses visual PixelWorks X7 sambil menjalankan algoritma Xiaomi dalaman.

K60 Ultra akan dilancarkan di China pada acara besar yang akan datang tidak lama lagi bersama Xiaomi Mix Fold 3, Xiaomi Pad 6 Max dan Redmi Pad 2. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Akaun Weibo

Exit mobile version