Site icon TechNave BM

Redmi K70 bakal tampilkan warna ungu dan biru

Dengan sambutan hangat terhadap siri Redmi K70 yang bakla dilancarkan pada 29 November 2023, Xiaomi telah memberikan petunjuk secara beransur-ansur mengenai butiran telefon pintar terbarunya. Maklumat terkini merangkumi reka bentuk dan spesifikasi utama bagi model standard Redmi K70.

Reka bentuk Redmi K70 adalah sama seperti versi Pro dengan sisi yang rata dan badan yang ramping, serta menampilkan susunan kamera dalam sebuah pulau segi empat besar bersama lampu flash LED. Walaupun beberapa maklumat menjangka peranti ini akan membawa warna hijau, namun maklumat terkini daripada Xiaomi telah mengesahkan warna ungu dan biru, mengekalkan konsistensi dengan nama warna yang telah ditetapkan.

Imej-imej yang dikeluarkan juga memberikan gambaran keupayaan fotografi peranti, menyerlahkan kamera utama 50MP yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optik (OIS). Spekulasi awal menunjukkan ia akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 8300 untuk Redmi K70, tetapi pengesahan terkini mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan dilengkapi oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2.

Peranti ini akan tampilkan skrin 1220p dan kecerahan puncak sehingga 4,000 nits, kamera utama dengan sensor yang besar 1/1.55 inci dengan saiz piksel 2.0um, disertai dengan lensa f/1.6 untuk keupayaan fotografi yang lebih baik.

Namun, adakah peranti ini akan masuk ke pasaran Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version