Site icon TechNave BM

Redmi K70 Ultra mungkin membawa RAM LPDDR5T 24GB dan storan UFS 4.0 1TB

Redmi dilaporkan dalam fasa pembangunan telefon andalannya, Redmi K70 Ultra direka khusus untuk pasaran China. Dalam kebocoran baru-baru ini, Stesen Sembang Digital mendedahkan butiran tentang peranti tersebut menunjukkan kemajuan yang ketara.

Telefon pintar ini dijangka mempunyai panel OLED 8T LTPO dengan bezel minimum, menghasilkan resolusi 1.5K yang tajam dan kecerahan puncak sehingga 5,000 nits serta dikuasakan oleh cipset Dimensity 9300. Ia dikhabarkan akan menawarkan RAM LPDDR5T 24GB seperti vivo X100 dan X100 Pro tetapi model tersebut membawa kapsiti RAM 16GB.

Kebocoran itu menunjukkan bahawa Redmi akan menerajui industri dengan menjadi telefon pintar pertama yang memperkenalkan RAM LPDDR5T 24GB . Selain itu, peranti ini dijangka menyediakan 1TB storan UFS 4.0 dan mengekalkan ciri seperti chasis bertaraf IP68 untuk kalis air dan habuk bersama-sama dengan bingkai aluminium untuk ketahanan yang dipertingkatkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version