Site icon TechNave BM

Redmi K70E bakal dilancar, tampilkan cipset MediaTek Dimensity 8300 Ultra

Sub-jenama Xiaomi, Redmi, dijadualkan akan melancarkan telefon pintar Redmi K70E yang disahkan akan muncul bersama-sama model K70 dan K70 Pro pada penghujung bulan ini. Diposisikan sebagai siri teratas Redmi, K70E akan dikuasakan oleh cipset yang baru sahaja dilancarkan iaitu MediaTek Dimensity 8300 Ultra.

Walaupun sebutan “Ultra” masih tidak pasti akan butirannya, Redmi menekankan prestasi prototaip K70E memberikan skor penanda aras AnTuTu sebanyak 1,526,328 mata dan telefon mengekalkan 58.86FPS selepas sejam bermain game pada 25 darjah Celsius. K70E kelihatan disasarkan kepada peminat game yang mencari peranti berprestasi tinggi tanpa tanda harga andalan.

Dalam pada itu, ia akan membawa bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 90W menunjukkan ini merupakan telefon pintar yang lebih mengutamakan prestasi kecekapan untuk gaming. Pada masa yang sama, telefon pintar ini menggabungkan keupayaan AI generatif untuk kapsyen tertutup masa nyata dan penciptaan ayat dan foto berdasarkan gesaan.

Sementara Redmi merancang pelancaran akan datang, butiran tentang ciri K70E dan peningkatan khusus oleh penjenamaan ‘Ultra’ dijangka akan didedahkan lebih dekat menjelang tarikh pelancarannya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Weibo

Exit mobile version