Selain melancarkan telefon dan tablet baharu, Xiaomi turut melancarkan peranti baharu dalam jenama Redmi iaitu Redmi K80 Ultra. Telefon ini memfokuskan pada gaming, dengan cipset MediaTek Dimensity 9400+ yang boleh menjana prestasi pantas.
Skrinnya mempunyai panel OLED berukuran 6.83 inci dengan resolusi 1280×2772, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 3,200 nits. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada varian memori 12+256GB, 16+256GB, 12+512GB, 16+512GB atau 16GB+1TB 7, bateri 410mAh dan pengecasan pantas 100W. Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan Xiaomi HyperOS 2.
Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP di belakang, dan kamera hadapan 20MP. Ia mempunyai pembesar suara stereo AAC 1115 dengan motor getaran paksi X.
Pilihan warnanya terdiri daripada kelabu Sandstone Grey, putih Moon Rock White, hijau Spruce Green dan biru Ice Front Blue. Ia turut mempunyai rating kalis air IP68.
Redmi K80 Ultra akan dijual di China pada harga bermula CNY2,599 (~RM1,540) untuk varian 12+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

