Site icon TechNave BM

Redmi K90 Max sah bakal tiba dengan Dimensity 9500, bateri 8,550mAh dan skrin 165FPS

Poster rasmi daripada Redmi mengesahkan bahawa Redmi K90 Max akan dilengkapi bateri berkapasiti 8,550mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 100W, pengecasan berbalik 22.5W, 100W PPS serta bypass charging. Ia dijadualkan dilancarkan pada 21 April ini dengan fokus utama diberikan kepada prestasi dan gaming.

Redmi turut mengesahkan penggunaan cip MediaTek Dimensity 9500 yang dipadankan dengan cip grafik tambahan D2. Kombinasi cip ini direka untuk mengendalikan interpolasi bingkai, penskalaan resolusi dan peningkatan imej ketika permainan dengan dakwaan mampu mencapai sehingga 165fps termasuk untuk permainan yang tidak menyokong kadar bingkai tinggi secara natif.

Penyenaraian di Geekbench menunjukkan prototaip dengan RAM 16GB mencatatkan skor single-core dan multi-core yang tinggi. Ini mengesahkan penggunaan cip mercu serta kemungkinan beberapa varian RAM ditawarkan semasa pelancaran. Untuk paparan, ia dijangka menggunakan skrin OLED bersaiz 6.83 inci dengan kadar segar semula 165Hz.

Selain itu, tahap kecerahan tinggi dan respons sentuhan yang dipertingkatkan. Redmi K90 Max dijangka menjadi telefon pertama bawah Xiaomi yang menggunakan sistem penyejukan aktif dengan kipas terbina dalam dan aliran udara menegak bagi mengurangkan suhu dalaman dengan lebih cepat.

Walaupun menggunakan penyejukan aktif, Redmi K90 Max dikatakan masih mengekalkan tahap rintangan habuk dan air. Ia dijangka hadir dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version