Site icon TechNave BM

Redmi mungkin dedahkan butiran rasmi siri K60 menjelang akhir Disember ini

Menurut maklumat terkini dari Stesen Sembang Digital, Redmi akan mendedahkan beberapa butiran rasmi mengenai siri Redmi K60 pada penghujung Disember ini.

Siri Redmi K60 dijadual untuk dilancarkan pada penggal pertama 2023. Khabar angin mencadangkan bahawa jenama itu mungkin menukar kedudukan varian di mana Redmi K60E akan dilancarkan sebagai Redmi K50 di China. 

Ini diikuti dengan K60 sebagai Redmi K50 Pro dan K60 Pro akan menjadi pengganti K50 edisi gaming. Dalam pada itu, Pengurus Besar Redmi Lu Weibing telah mendedahkan sebelum ini bahawa tidak akan ada telefon Redmi K60 Gaming Edition.

Untuk mengimbas semula, Redmi K60E dijangka dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8200. Redmi K60 akan menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 manakala K60 Pro membawa cipset Snapdragon 8 Gen 2. 

Tambahan pula, peranti itu juga dikatakan membawa bateri 5,000 hingga 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 120W.

Kami pasti lebih banyak butiran akan didedahkan dalam beberapa hari lagi. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version