Siri Redmi Note 10 telah dilancar oleh Xiaomi Malaysia pada bulan Mac lalu dan kini mereka akan memperkenalkan sebuah lagi varian baru dalam siri tersebut iaitu Redmi Note 10 5G yang akan dilancar pada hari Khamis, 20 Mei (esok) jam 8:00 malam. Ia akan disiarkan secara langsung dalam laman Facebook Xiaomi Malaysia.
Telefon kelas pertengahan ini bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700 yang menyokong rangkaian 5G, skrin 90Hz berukuran 6.5 inci, kamera 48MP+2MP+2MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Spesifikasi penuh dan butiran harga bakal dimaklumkan pada waktu pelancaran.
Kami sudah pun membuat video awal tentang prestasi telefon ini. Jika anda lebih berminat dengan telefon lain dalam siri Redmi Note 10, jangan lupa baca artikel pelancarannya untuk maklumat lengkap.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 10 5G esok dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

