Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 akan dilancar pada 4 Mac

Redmi telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 10 akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada hari Selasa, 4 Mac. Redmi Note 10 telah pun mendapat perhatian luas sejak beberapa minggu lalu dengan pengiktirafan daripada beberapa negara.

Sebelum ini, Redmi Note 10 Pro telah pun mendapat pengiktirafan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), TENAA di China serta FCC di Amerika Syarikat. Spesifikasinya masih belum dikenal pasti, namun ia mungkin akan dilengkapi Snapdragon 732G, empat kamera termasuk kamera utama 64MP dan bateri 5,050mAh.

Redmi Note 10 juga dikhabarkan akan terdiri dalam dua varian iaitu 4G dan 5G. Siri Redmi Note 9 merupakan antara telefon kelas pertengahan terlaris pada tahun 2020, jadi Redmi Note 10 pasti akan dinantikan oleh ramai peminat Redmi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version