Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 diacah oleh pengurus Xiaomi

Siri telefon pintar Redmi Note 9 merupakan salah satu telefon Redmi yang sangat laris pada 2020 dan kini syarikat tersebut sedang merancang untuk melancarkan siri Redmi Note 10 pula. Terbaru, Naib Presiden Xiaomi Group Lu Weibing telah mula mengacah siri telefon Redmi Note 10 di laman Weibo beliau.

Beliau menanyakan kepada para peminat Redmi, apakah yang mereka inginkan untuk siri Redmi Note 10. Di samping itu, beliau turut bertanya apakah nilai yang cukup untuk telefon berharga seribu yuan atau (~RM625).

Sebagai rujukan, Redmi Note 9 telah dilancar pada bulan Mei 2020 dan dijual pada harga RM649 untuk pasaran Malaysia, jadi kita boleh jangkakan Redmi Note 10 untuk dijual pada harga yang serupa pada tahun ini.

Redmi Note 10 dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 750G, empat kamera 48MP atau 64MP serta skrin LCD 90Hz berukuran 6.67 inci. Namun setakat ini tiada maklumat rasmi berkenaan spesifikasinya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version