Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 mungkin hadir dengan model cipset Dimensity 820 dan Dimensity 720

Walaupun siri Redmi Note 9 masih lagi hangat di pasaran, butiran awal mengenai Redmi Note 10 sudah mula menjelma. Terawal, ia dikatakan bakal dijana cipset MediaTek Dimensity 820. Spekulasi kini ditambah apabila terdapat sumber yang mendedahkan ia mungkin juga mempunyai varian dengan cipset Dimensity 720.

Spekulasi ini muncul dari pendedah maklumat terkenal, menyatakan bahawa terdapat sebuah lagi varian Redmi Note 10 dengan Dimensity 720 sedang dihasilkan. Ia mungkin dilancarkan sebagai Redmi Note 10, manakala model dengan Dimensity 820 mungkin Redmi Note 10 Pro (masih tiada nama rasmi).

Jika anda ingin melihat contoh prestasi peranti yang menggunakan janaan cipset Dimensity 820, anda boleh menyemak Redmi 10X 5G (tidak hadir di Malaysia).

Sebenarnya, MediaTek telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk mengeluarkan cipset Dimensity secara global pada suku ketiga tahun ini, Memandangkan kita sudah berada di bulan September, kami juga masih menunggu kesahihan perancangan ini.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanya ura-ura sahaja memandangkan masih tiada maklumat rasmi dari pihak Redmi atau Xiaomi. Apakah pandangan anda terhadap peranti dengan janaan cipset MediaTek 5G yang agak baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version