Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 Pro 4G muncul di pensijilan FCC, mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 732G, bateri 5,050mAh

Pada bulan November yang lalu, peranti Redmi Note 10 telah muncul di TEENA bersama spesifikasi dan reka bentuknya. Terkini, versi pro untuk peranti itu, Redmi Note 10 Pro 4G pula telah dikesan di pensijilan FCC.

Peranti tersebut mempunyai nombor model M2101K6G dan ia adalah peranti 4G. Penyenaraian di FCC juga menunjukkan bahawa ia hadir dengan sokongan NFC dengan antara muka MIUI 12.

Selain dari itu, terdapat juga sumber lain yang menunjukkan sebuah peranti dengan nama kod ‘sweet’ yang hadir dengan nombor model yang sama seperti Redmi Note 10 Pro 4G.

Berdasarkan sumber itu, Redmi Note 10 Pro 4G ini bakal hadir dengan cipset Snapdragon 732G, kamera kuad dengan kamera utama 64MP (sensor Samsung S5KGW2) serta bateri 5,050mAh.

Untuk versi 5G pula, ia mungkin akan hadir dengan cipset yang berbeza.

Nantikan berita lanjut mengenai siri Redmi Note 10 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version