Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 Pro 5G terima kemaskini yang menambahkan ciri ‘virtual RAM’ 2GB

Pada masa kini, semakin banyak syarikat telefon pintar memperkenalkan ciri tambahan RAM secara maya pada telefon pintar mereka. Ciri ini dapat menambahbaik kebolehan multi-tasking dan menyimpan lebih banyak aplikasi di latar belakang untuk pembukaan yang lebih pantas. Terbaru, Redmi Note 10 Pro 5G dilihat akan mendapat ciri baru ini.

Buat masa ini, kemas kini OTA ini hanya akan diberikan kepada unit di China sahaja. Apabila ciri ini diaktifkan, ia akan menambahkan RAM sebanyak 2GB. Jadi, jika RAM telefon anda 6GB, ia akan menjadi 8GB.

Redmi Note 10 Pro

Kemas kini ini bersaiz kecil dan hanya mengenai ciri RAM maya sahaja. Oleh itu, ia berkemungkinan akan masuk ke unit gobal tidak lama lagi. Kami juga menjangkakan bahawa ia mungkin akan ditawarkan kepada model lain dari siri Redmi Note 10 dalam masa akan datang.

Nantikan berita lanjut mengenai RAM maya ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version