Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 Pro mungkin dilengkapi 108MP, Redmi Note 10 ialah Xiaomi Mi 10 Lite

Masihkah anda ingat berita mengenai Xiaomi yang mungkin akan menghasilkan telefon kelas pertengahan dilengkapi sensor kamera 108MP dalam masa terdekat? Terkini, sumber telah mendedahkan maklumat baru mengenainya; telefon kelas pertengahan tersebut mungkin adalah siri Redmi Note 10.

Menurut berita yang lalu, salah satu peranti Xiaomi ini bakal hadir dengan kamera 108MP, manakala sebuah peranti lagi dengan tetapan kamera 64MP. Sumber terkini mendakwa peranti Xiaomi dengan kamera 64MP tersebut adalah Redmi Note 10 yang dijenamakan semula dari Xiaomi Mi 10 Lite.

Memandangkan terdapat sebuah lagi peranti misteri dengan kamera 108MP, ia didakwa sebagai Redmi Note 10 varian Pro. Terdahulu, sebenarnya terdapat ura-ura mengenai Redmi Note 10, dikatakan bakal hadir dengan Dimensity 820 dan RAM 8GB.

Berbeza dengan sumber terkini yang menyatakan Redmi Note 10 adalah penjenamaan semula Xiaomi Mi 10 Lite, sebenarnya ia tidak mustahil kerana cipset Dimensity masih lagi tidak meluas di pasaran negara luar China. Jadi, mungkin benar bahawa Redmi Note 10 akan mengadaptasi spesifikasi Xiaomi Mi 10 Lite dengan sedikir naik taraf cipset (mungkin Snapdragon 750G yang terbaru).

Xiaomi Mi 10 Lite 5G yang tidak masuk ke pasaran Malaysia

Apa pun, kesemua maklumat ini masih lagi samar-samar dan berstatus spekulasi. Spekulasi ini mungkin akan lebih jelas melalui berita yang akan timbul pada hari akan datang.

Apakah ramalan anda melalui berita ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai peranti Xiaomi termasuklah Xiaomi Mi 10T yang akan dilancarkan di Malaysia!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version