Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 Ultra bakal sokong storan UFS 3.1, ‘gaming’ 90Hz dan sistem penyejukan kuad!

Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri Redmi Note 10 5G di China 26 Mei ini. Kini beberapa hari sebelum pelancaran, mereka telah menunjukkan rupa paras dan spesifikasi peranti yang akan dilancarkan.

Redmi telah mengacah peranti mereka dengan memuat naik beberapa gambar di laman web Weibo. Telefon yang ditunjukkan berkemungkinan besar adalah varian tertinggi dari siri ini yang hadir dengan nama Redmi Note 10 Ultra.

Reka bentuk panel belakang Redmi Note 10 Ultra dilihat hampir sama seperti Mi 11 Lei Jun Signature Edition dengan garisan lurus nipis ke bawah. Redmi Note 10 Ultra adalah seberat 193g dan akan dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 1100 5G.

Selain dari itu, peranti ini juga dikatakan akan menggunakan storan jenis UFS 3.1, sesuatu yang jarang didengari pada segmen ini. Mengikut Redmi, peranti ini juga akan menyokong kadar segar semula 90Hz pada 8 game kegemaran ramai.

Akhir sekali, Redmi turut menyatakan bahawa peranti ini akan dilengkapi sistem pengejukan bertaraf gaming. Redmi Note 10 Ultra akan menggunakan sistem pengejukan kuad yang hadir dengan Vapor Chamber, grafit, gel konduktif terma (thermal conductive gel) dan kerajang tembaga (copper foil). Ia mempunyai kawasan pelesapan haba seluas 16370mm².

Semalam, peranti ini telah muncul di sebuah laman web dagangan dengan tanda harga serendah CNY 1,799 (~RM1,159) untuk RAM 6GB dan storan 128GB.

Sememangnya telefon ini akan menarik perhatian peminat gajet ketika dilancarkan pada rabu hadapan. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version