Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 Ultra dikesan dalam talian, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 1100!

Xiaomi akan melancarkan siri Redmi Note 10 5G di China pada 26 Mei ini. Di acara tersebut, Xiaomi dijangka akan perkenalkan tiga model baru iaitu Note 10 5G, Note 10 Pro 5G dan Note 10 Ultra 5G. Terbaru, Redmi Note 10 Ultra 5G dilihat telah muncul di sebuah laman web dagangan rasmi.

Berdasarkan gambar penyenaraian tersebut, Redmi Note 10 Ultra bakal menggunakan cipset Dimensity 1100 5G. Selain itu, ia dilihat bakal menggunakan skrin AMOLED 6.53 inci, bateri 5,000 mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Peranti tersebut hadir dengan tiga varian berbeza – 6/128GB, 8/128GB, 8/256GB. Varian yang paling rendah ditawarkan pada harga CNY 1,799 (~RM1,159).

Siri Redmi Note 10 5G ini adalah berlainan dari siri Redmi Note 10 yang telah dilancarkan secara global bermula bulan Mac lalu. Siri baru ini adalah khas untuk pasaran China sahaja.

Nantikan berita lanjut mengenai siri Redmi Note 10 5G di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version