Site icon TechNave BM

Redmi Note 10S akan dilancar pada 13 Mei, mungkin dilengkapi Helio G95, kamera 64MP

Siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 10 telah dilancar secara antarabangsa pada bulan Mac lalu dan nampaknya Xiaomi akan melancarkan sebuah lagi varian dalam siri tersebut iaitu Redmi Note 10S. Redmi India telah mengumumkan bahawa telefon itu akan dilancar pada hari Khamis, 13 Mei jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia).

Redmi Note 10S diiklankan sebagai sebuah telefon yang mempunyai prestasi tinggi, dengan cipset Helio G95 yang dibuat menggunakan teknologi proses 12nm. Daripada segi kamera, ia akan dilengkapi kamera 64MP iaitu lebih rendah sedikit berbanding kamera 108MP dalam Redmi Note 10 Pro.

Selain itu, ia dijangka akan mempunyai spesifikasi yang sama dengan Redmi Note 10 biasa, iaitu skrin AMOLED 6.43 inci dengan resolusi Full HD+, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 30W. Pelancaran pada 13 Mei itu akan disiarkan secara langsung di media sosial Xiaomi serta laman web Mi.com.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 10S dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version