Site icon TechNave BM

Redmi Note 10S akan ditawarkan dalam warna ungu

Siri Redmi Note 10S telah diperkenalkan pada bulan Mac lalu dan ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana spesifikasinya yang canggih ditawarkan dalam harga murah.

Kini Xiaomi bakal menawarkan warna baru untuk telefon tersebut iaitu ungu Starlight Purple. Buat masa ini, Xiaomi masih belum mengesahkan negara yang bakal menerima warna tersebut.

Redmi Note 10S menawarkan skrin AMOLED 6.43 inci, cipset Helio G95, empat kamera 64MP, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W dan dwi-pembesar suara Hi-Res Audio.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan warna ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version