Site icon TechNave BM

Redmi Note 10S dan Note 10 5G dilancar: Dimensity 700, skrin AMOLED, bateri 5,000mAh bermula RM799

Xiaomi Malaysia hari ini telah meluaskan lagi rangkaian produk untuk siri Redmi Note 10 dengan dua telefon baru iaitu Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G. Selain daripada sokongan untuk rangkaian 4G atau 5G, Kedua-dua telefon ini mempunyai spesifikasi yang berbeza daripada segi skrin, kamera, cipset dan kadar pengecasan.

Redmi Note 10S dilengkapi cipset MediaTek Helio G95, skrin AMOLED DotDisplay berukuran 6.43 inci, empat kamera termasuk kamera utama 64MP dan pengecasan pantas 33W.

Sementara itu, Redmi Note 10 5G pula dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, skrin DotDisplay berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz, tiga kamera termasuk kamera utama 48MP dan pengecasan pantas 18W. Telefon ini juga tidak dilengkapi kamera ultra-lebar.

Kedua-duanya dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

Redmi Note 10S

Redmi Note 10 5G

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version