Site icon TechNave BM

Redmi Note 11 akan dilancar pada 28 Oktober 2021, dilengkapi skrin AMOLED

Dalam sebuah kiriman di Weibo, Redmi telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan siri telefon pintar Redmi Note 11 pada hari Khamis, 28 Oktober 2021 jam 7:00 malam di China. Mereka mengesahkan bahawa telefon itu bakal dilengkapi skrin AMOLED namun ukurannya masih tidak dinyatakan.

Sungguh pun begitu, mereka berkongsi maklumat tentang diameter kamera swafotonya yang berukuran 2.96mm serta sempadan bezel kiri dan kanan yang mempunyai ketebalan 1.75mm. Selain itu, permukaan belakangnya akan dibuat dengan kaca AG Glass yang lebih tahan calar dan sukar meninggalkan cap jari.

Di samping Note 11, Redmi akan turut memperkenalkan jam tangan Redmi Watch 2 yang bakal dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.6 inci.

Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk Redmi Note 11 termasuklah kadar 120Hz, cipset Dimensity 810, bateri 5,000mAh dan kamera 50MP. Memandangkan Redmi Note 10 mendapat sambutan yang tinggi di kalangan pengguna, Redmi Note 11 juga dijangka akan menerima sambutan serupa.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version