Site icon TechNave BM

Redmi Note 11 berikan spesifikasi telefon “flagship” dengan harga “mid-range”!

Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Redmi Note 11. Seperti dalam tahun-tahun sebelum ini, Redmi Note 11 dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih seperti sebuah telefon andalan (flagship) namun dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Siri Redmi Note 11 terdiri daripada Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11. Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan ciri-ciri canggih yang terdapat dalam siri Redmi Note 11 dan membuatkan telefon ini amat berbaloi dengan harganya:

Kamera dengan megapiksel tinggi

Tiga varian tercanggih, Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S dilengkapi sensor kamera utama 108MP iaitu jumlah megapiksel yang setaraf dengan telefon-telefon lain yang jauh lebih mahal. Malah, ini juga membuatkan kamera siri Redmi Note 11 antara yang terbaik dalam kategori telefon kelas pertengahan.

Dengan sensor 108MP, siri Redmi Note 11 boleh mengambil gambar dengan jurang dynamic range yang lebih luas dan prestasi warna yang lebih tepat walaupun dalam suasana malap. Di samping itu, ketiga-tiga varian di atas juga dilengkapi kamera swafoto 16MP untuk kualiti swafoto yang tinggi.

Pengalaman penggunaan yang lebih laju

Skrin pada siri telefon Redmi Note 11 mempunyai kadar segar semula (refresh rate) sehingga 120Hz, jadi anda boleh lakukan sebarang leretan (swiping) dengan sangat lancar seperti dalam telefon andalan. Buat masa ini, kadar 120Hz masih lagi dihadkan untuk telefon andalan namun anda sudah boleh menikmatinya dalam Redmi Note 11 yang dijual pada harga lebih berpatutan.

Selain itu, skrin ini juga boleh mempunyai kadar bacaan sentuh (touch sampling rate) sepantas 360Hz yang bermaksud skrin ini lebih responsif terhadap sentuhan anda dan pastinya amat penting sewaktu anda bermain game.

Siri Redmi Note 11 mempunyai dua saiz skrin iaitu 6.43 inci dan 6.67 inci, jadi anda boleh pilih mana yang sesuai dengan keutamaan anda. Walaupun dengan dua saiz yang berbeza, anda boleh jamin bahawa kualiti imej yang dipaparkan dalam semua varian adalah sangat cantik dan terang walaupun di bawah silau cahaya matahari.

Bagi meningkatkan pengalaman audio pula, Redmi Note 11 dilengkapi dwi-pembesar suara stereo yang berada di bahagian atas dan bawah telefon.

Prestasi tahap flagship

Varian tercanggih dalam siri ini iaitu Redmi Note 11 Pro 5G akan dilengkapi cipset Snapdragon 695 2.2GHz yang dibuat dengan proses nod 6nm, jadi ia boleh menghasilkan prestasi pantas yang hampir sama dengan telefon andalan. Selain itu, ia juga menyokong rangkaian 5G jadi anda boleh memanfaatkan rangkaian berkelajuan tinggi ini apabila ia diperkenalkan di Malaysia kelak.

Prestasi dalam varian lain juga tidak kurang hebatnya, dengan cipset MediaTek Helio G96 dalam Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S serta cipset Snapdragon 680 6nm dalam Redmi Note 11.

Selain cipset pantas, anda boleh yakin bahawa telefon ini akan kekal bersama anda sepanjang hari kerana ia dilengkapi bateri besar berkapasiti 5,000mAh, jadi tiada lagi isu keresahan tentang hayat bateri. 

Sewaktu anda ingin mengecas pula, Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro dilengkapi pengecasan pantas 67W yang hanya memerlukan 15 minit untuk mengecas sehingga 50%. Jadi walaupun anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengecas, ia pasti cukup untuk meningkatkan kapasiti bateri ke tahap yang selesa.

Untuk Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula, ia dilengkapi pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas penuh baterinya dalam masa sekitar sejam.

Dengan ciri-ciri serba canggih di atas, anda boleh memiliki telefon ini pada harga yang sangat berpatutan:

Siri Redmi Note 11 boleh dibeli sekarang di mana-mana kedai sah Xiaomi dan di laman Lazada atau Shopee.

Jika anda berminat untuk memegang dan cuba dahulu siri Redmi Note 11, anda boleh hadir ke pameran Note 11 Series Launching Roadshow di pada 23 Februari hingga 27 Februari 2022 di beberapa pusat membeli-belah iaitu:

Jika anda beli mana-mana telefon Redmi Note 11 dalam pameran tersebut, anda akan menerima hadiah premium bernilai RM457 yang terdiri daripada:

Hadiah-hadiah di atas mempunyai stok terhad dan akan ditawarkan dengan polisi “siapa cepat, dia dapat.” Tertakluk kepada terma dan syarat.

Beritahu kami di Facebook varian manakah yang anda akan beli dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version