Site icon TechNave BM

Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G dilancar di Malaysia, bermula RM999

Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan dua buah telefon pintar terbaru dalam siri Redmi Note 11 iaitu Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G. Seperti varian lain dalam siri Redmi Note 11, kedua-duanya menampilkan spesifikasi yang menarik dan dijual pada harga berpatutan.

Redmi Note 11 Pro+ 5G adalah varian tercanggih dalam siri Redmi Note 11, di mana spesifikasi yang paling menarik adalah pengecasan pantas 120W. Ini membuatkannya telefon Redmi pertama yang dilengkapi kadar pengecasan tersebut, di mana ia boleh mengecas penuh baterinya yang berkapasiti 4,500mAh sepantas 15 minit.

Selain itu, ia turut dilengkapi kamera utama 108MP yang mempunyai sensor Samsung HM2 dan dual native ISO untuk mengambil gambar yang sangat jelas walaupun dalam suasana malap.

Di hadapan, Redmi Note 11 Pro+ 5G mempunyai skrin AMOLED DotDisplay FullHD+ berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 360Hz untuk menghasilkan imej yang cantik dan responsif. Cipsetnya pula adalah MediaTek Dimensity 920 dengan nod proses 6nm.

Untuk Redmi Note 11S 5G, ia menawarkan penambahbaikan yang agak ketara berbanding Redmi Note 11S sebelum ini. Redmi Note 11S 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810 5G dengan nod proses 6nm, bateri 5,000mAh, skrin FullHD+ 6.6 inci 90Hz dan tiga kamera di belakang.

Selain varian baru untuk Redmi Note 11, Xiaomi Malaysia turut melancarkan telefon kelas permulaan Redmi 10 5G. Telefon ini menampilkan skrin DotDisplay FullHD+ berukuran 6.58 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Dimensity 700, kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan bateri 5,000mAh.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga telefon ini:

Redmi Note 11 Pro+ 5G

Redmi Note 11S 5G

Redmi 10 5G

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version