Site icon TechNave BM

Redmi Note 11R dilancar: Dimensity 700 5G, skrin 6.58″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM837

Baru-baru ini, telefon baharu dengan nama Redmi Note 11R muncul di penyenaraian produk terminal China Telecom Tianyi yang dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 700 5G. Tiada tanda-tanda bahawa Redmi ingin melancarkan telefon segmen pertengahan kerana tiada khabar angin tentangnya. Namun ia muncul dalam pasaran hari ini.

Redmi Note 11R dilengkapi dengan skrin takuk titisan air 6.58 inci beresolusi 2408×1080, pengimbas cap jari sisi, pengembangan storan sehingga 512GB, Android 12, bateri 5000mAh terbina dalam, pengecasan 10W, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Ukuran luaran peranti ini ialah 163.99mm×76.09mm×8.9mm dan beratnya ialah 201g.

Redmi Note 11R menggunakan kamera swafoto 5MP dan kamera belakang 13MP + 2MP. Bahagian belakangnya tertera logo “Redmi” pada modul kamera yang agak besar. Redmi Note 11R mempunyai 3 warna iaitu hitam, putih dan biru.

Terdapat tiga pilihan varian untuk Redmi Note 11R iaitu varian 4GB+128GB berharga 1299 yuan (~RM837), varian 6GB+128GB berharga 1499 yuan (~RM966) dan varian 8GB+128GB berharga 1,699 yuan (~RM1,095).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version