Site icon TechNave BM

Redmi Note 11S bakal dilancar, disahkan melalui pelbagai pensijilan

Xiaomi telah melancarkan tiga telefon dalam siri Redmi Note 11 yang diikuti oleh Redmi Note 11T dan kini sebuah lagi telefon daripada siri tersebut bakal dilancarkan iaitu Redmi Note 11S. Telefon dengan nombor model 2201117SG muncul di beberapa tapak web pensijilan termasuk NBTC di Singapura, BIS di India dan Kawasan Ekonomi Eurasia (EEC).

Terdapat empat varian yang menggunakan nombor model yang sama. Ia mungkin varian yang berbeza mengikut sambungan dan pelbagai pilihan storan. Malangnya, penyenaraian tersebut tidak memberikan maklumat tentang sebarang spesifikasi sebenar, tarikh pelancaran atau harga.

Redmi Note 10S tiba untuk pasaran global pada Mac 2021, tetapi Note 11s mungkin dilancarkan lebih awal daripada itu. Redmi Note 11S akan menjadi peranti keempat dalam siri Note 11 tetapi mungkin tidak semua negara bakal memasarkannya. Note 11 Pro dan Note 11 Pro+ dijangka dilancarkan di India sebagai Xiaomi 11i dan Xiaomi 11i Hypercharge pada Khamis depan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version