Site icon TechNave BM

Redmi Note 11T Pro dan Pro Plus dilancar: Dimensity 8100 dan panel LCD 144Hz 6.6″ bermula ~RM1,185

Xiaomi telah menambah siri Redmi Note 11 baharu dengan memperkenalkan Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note Pro Plus. Kedua-dua peranti ini membawa spesifikasi tersendiri dengan beberapa persamaan. 

Redmi Note 11T Pro dan Pro Plus dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8100 dan menggunakan panel LCD 144Hz 6.6 inci. Mereka membawa nisbah 20.5:9 dengan resolusi FHD+ menjadikan peranti pertama dalam siri Note 11 yang menyokong kadar penyegaran tinggi. Selain itu, Note 11T Pro dan Pro Plus berkongsi kamera utama yang sama iaitu sensor GW1 64MP serta hadir bersama lensa ultralebar 8MP dan sensor makro 2MP.

Perbezaan utama adalah pada bahagian bateri. Model Pro menawarkan bateri 5,080mAh dengan pengecasan berwayar 67W manakala Pro Plus mempunyai kapasiti bateri 4,400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W bersama cip pengecasan Surge P1 dalaman. 

Ciri-ciri lain termasuk port 3.5mm, Bluetooth 5.3, penarafan IP53, MIUI 13, NFC, pengimbas cap jari di bahgian sisi, pembesar suara stereo, motor linear paksi-x dan Wi-Fi 6.

Peranti tersebut berada dalam pasaran di China di mana Note 11T Pro bermula dari 1,799 Yuan (~RM1,185) untuk varian 6/128GB dan Note 11T Pro Plus bermula dari 1,999 Yuan (~RM1,317) untuk 8/128GB. Xiaomi juga telah mengumumkan edisi Astro Boy berharga 2,499 Yuan (~RM1,646) dengan konfigurasi 8/256GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Authority

Exit mobile version