Site icon TechNave BM

Redmi Note 12 kini boleh didapati dalam Sunrise Gold pada harga RM799

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan varian warna Redmi Note 12 baharu iaitu Sunrise Gold. Walaupun mempunyai kulit warna baharu, harganya tetap sama pada RM799 dengan spesifikasi dan konfigurasi memori 8GB + 256GB.

Sebagai imbasan, Redmi Note 12 Sunrise Gold turut hadir dengan cipset Snapdragon 685, paparan AMOLED FHD+ 120Hz 6.67 inci, dan bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 33W. Selain itu, ia mempunyai tri-kamera belakang 50MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro).

Redmi Note 12 juga disediakan dalam Onyx Grey, Mint Green dan Ice Blue dengan RAM yang boleh dikembangkan sehingga 16GB secara keseluruhan. Mereka yang berminat boleh membuat pembelian di kedai Xiaomi sah di seluruh negara serta di Lazada atau Shopee.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version