Site icon TechNave BM

Redmi Note 12 mungkin dijenamakan semula sebagai jenama POCO untuk pasaran global

Sebelum ini, peranti Redmi di China pernah dijenamakan semula sebagai peranti POCO untuk pasaran global. Jadi, tidak asing lagi bagi kami setelah mendengar khabar angin mengenai Redmi Note 12 akan dijenamakan semula sebagai POCO.

POCO akan mengeluarkan beberapa peranti baharu seperti yang telah disenaraikan di India. Peranti dengan nombor model 22041216UG dan 22041216G mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Speksifikasi pada dua peranti di atas turut dilihat terdapat pada siri Redmi Note 12.

Kami menjangka setelah pelancaran Redmi Note 12 di China, ia mungkin akan dilancarkan secara global dengan nama yang sama atau sebagai jenama POCO. Redmi sering melancarkan dua peranti dalam setahun. Oleh itu, kami membuat andaian pasaran Malaysia mendapat dua model pilihan iaitu Redmi Note 12 dan POCO X5.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version