Site icon TechNave BM

Redmi Note 12 Turbo bakal dilancar, mungkin telefon pertama tampilkan cipset SD 7+ Gen 2

Redmi akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran Redmi Note 12 Turbo yang akan diumumkan pada 7 malam (waktu Malaysia) pada 28 Mac ini di China. Ia akan tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan cipset Snapdragon 7+ Gen 2.

Di sebelah kanan, terdapat butang kawalan audio dan kelihatan seperti pengimbas cap jari manakala di bahagian atas Note 12 Turbo mempunyai mikrofon, pemancar infra-merah (IR), gril pembesar suara dan bicu audio 3.5mm. Di bawah pula mempunyai gril pembesar suara, port USB-C, mikrofon dan slot SIM.

Poster di bawah mendedahkan reka bentuk Redmi Note 12 Turbo sambil menampilkan tri-kamera. Ia mungkin menampilkan RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 256GB. Pada bahagian hadapan Note 12 Turbo, mungkin terdapat kamera swafoto 16MP. Panel belakangnya berkemungkinan menampilkan tri-kamera yang terdiri daripada daripada kamera utama MP + ultra lebar 8MP + makro 2MP.

Khabar angin mengenai Redmi Note 12 Turbo mengatakan bahawa ia mungkin mempunyai skrin OLED rata 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan resolusi FHD+. Ia berkemungkinan menggunakan OS MIUI 14 berdasarkan Android 13 dan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Selain itu, terdapat laporan mendakwa POCO akan melancarkan POCO F5 5G pada 6 April di India. Beberapa spekulasi mengatakan bahawa POCO F5 mungkin menjadi versi penjenamaan semula Redmi Note 12 Turbo.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version