Site icon TechNave BM

Redmi Note 12R dilancar: Telefon pertama dengan cipset Snapdragon 4 Gen 2 bermula ~RM650

Xiaomi telah melancarkan sebuah lagi varian dalam siri telefon pintar mampu milik Redmi Note 12 iaitu Redmi Note 12R. Telefon ini merupakan peranti pertama yang dilengkapi cipset kelas pertengahan terbaru daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 4 Gen 2.

Selain daripada cipset tersebut, Redmi Note 12R tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Redmi 12 yang dilancar pada beberapa minggu lalu. Ia mempunyai skrin IPS LCD berukuran 6.79 inci dengan resolusi FullHD+, kadar segar semula 90Hz dan kamera swafoto 5MP yang berada dalam lubang tebuk (punch hole).

Untuk memori, ia menawarkan RAM sebanyak 4GB, 6GB atau 8GB manakala storan dalaman pula adalah 128GB atau 256GB dan boleh dibesarkan lagi dengan kad memori microSD. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan 18W.

Di belakang, ia mempunyai dua kamera iaitu kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP. Warna yang ditawarkan pula terdiri daripada tiga iaitu hitam Midnight Black, biru Time Blue dan putih Sky Fantasy.

Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka MIUI 14, namun setakat ini masih tidak diketahui selama manakah telefon ini akan menerima kemas kini.

Redmi Note 12R akan dijual di China pada harga bermula CNY999 (~RM650) untuk varian 4GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version