Site icon TechNave BM

Redmi Note 12T Pro diumum, miliki Dimensity 8200 dan skrin 144Hz

Xiaomi baru sahaja mengumumkan telefon pintar terbaharu dalam siri Redmi Note di China iaitu Redmi Note 12T Pro. Peranti ini merupakan pengganti kepada Redmi Note 11T Pro tahun lepas dan membawakan cipset Dimensity 8200 Ultra yang digunakan pada Xiaomi Civi 3.

Redmi Note 12T Pro dilengkapi dengan LCD IPS 6.51 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 144Hz. Bahagian belakang menempatkan kamera utama 64MP bersama kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Note 12T Pro dilengkapi dengan pilihan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 512GB serta bateri 5,080 mAh dengan pengecasan pantas 67W. Ia menggunakan sistem MIUI 14 berdasarkan Android 13. Xiaomi mengesahkan Redmi Note 12T Pro akan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan biru.

Butiran harga dan ketersediaan akan didedahkan dalam beberapa hari akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version