Site icon TechNave BM

Redmi Note 14 5G dilancar: OLED 6.67″, Dimensity 7025 Ultra, cas pantas 45W bermula ~RM710

Xiaomi telah memperkenalkan model baharu dalam siri telefon pintar mampu milik Redmi Note iaitu Redmi Note 14 5G. Seperti produk-produk Redmi Note sebelum ini, ia menampilkan spesifikasi dan fungsi yang bagus untuk kategori harganya.

Redmi Note 14 mempunyai skrin OLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 2,100 nits dan dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass 5.

Redmi Note 14 5G

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada MediaTek Dimensity 7025 Ultra, RAM 6GB atay 12GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Baterinya berkapasiti 5,110mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 45W.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600 OIS, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 16MP. Selain itu, sistem operasinya adalah Android 14 dengan antara muka Xiaomi HyperOS.

Ringkasan spesifikasi Redmi Note 14 5G

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih Starry White, biru Phantom Blue dan hitam Midnight Black. Setakat ini, ia hanya dijual dalam pasaran China sahaja pada harga bermula CNY1,199 (~RM710) untuk varian 6GB+128GB, dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi China

Exit mobile version