Site icon TechNave BM

Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition dilancar di Malaysia, berharga RM1,299

Buat para peminat penyanyi Thailand Kunpimook Bhuwakul atau lebih dikenali sebagai BamBam, Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan sebuah telefon edisi khas yang bertemakan beliau iaitu Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition, dijual pada harga RM1,299.

Telefon ini mempunyai hiasan khas yang tidak terdapat pada Redmi Note 14 Pro asal, di mana terdapat tandatangan BamBam yang diukir khas di belakangnya. Selain itu, permukaan belakangnya mempunyai warna emas Sand Gold yang nampak kemas.

Selain daripada rekaan, adakah edisi khas ini mempunyai perbezaan lain berbanding model asal yang dilancar pada Januari lalu? Sebenarnya, tidak banyak yang berbeza. Ia masih dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7300-Ultra, skrin 6.67 inci dengan kadar 120Hz dan resolusi 1.5K, abteri 5,110mAh dan pengecasan pantas 45W.

Kamera utamanya pula mempunyai sensor 200MP yang menawarkan butiran tinggi dalam gambar. Perlu diingati bahawa untuk pasaran Malaysia, ia hanya ditawarkan dalam satu varian memori iaitu 12GB+256GB. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

Telefon ini boleh dibeli di kedai-kedai Xiaomi, laman web Xiaomi, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version