Site icon TechNave BM

Redmi Note 8 Pro diskaun sehingga 32%, Redmi Note 9S berharga RM699 di Lazada hanya pada 27 Mac ini!

Kami membawa berita gembira untuk anda! Terkini, Xiaomi Malaysia bakal melangsungkan jualan hebat sempena hari jadi Lazada yang ke-8. Anda boleh mendapatkan peranti Redmi kegemaran anda seperti Redmi 8, Redmi Note 8 Pro dan Redmi 7A dengan diskaun sehingga 32%. Bukan itu sahaja, peranti yang baru sahaja dilancarkan Redmi Note 9S turut mendapat potongan harga. Jualan ini berlangsung di Lazada pada 27 Mac 2020.

Untuk pengetahuan anda, harga asal Redmi Note 9S adalah RM799, tetapi anda boleh mendapatkannya pada harga RM699 (varian RAM 4GB + ROM 64GB) pada 27 Mac, jam 12AM hingga 2AM. Klik disini untuk maklumat lanjut. Redmi Note 8 Pro (varian 6GB + ROM 64GB) pula berharga RM769 (harga asal: RM899). Redmi 8 dengan varian RAM 3GB + ROM 32GB akan dijual pada harga RM 379 (harga asal: RM 499), manakala Redmi 7A bervarian RAM 2GB + ROM berharga RM 299 (harga asal: RM 439).

Anda boleh menyemak atau membandingkan spesifikasi di sini. Untuk tidak melepaskan peluang ini, tetapkan peringatan untuk diri anda pada 27 Mac 2020! Anda bakal menyambar salah satu peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk promosi telefon pintar terkini.

Exit mobile version