Site icon TechNave BM

Redmi Note 9 bakal hadir pada 12 Mac dengan kamera quad dan banyak lagi

Untuk yang masih tidak tahu, Redmi daripada Xiaomi telah menjadi firma sendiri sejak tahun lepas dan mereka agak berprestasi terutamanya di India. Beberapa jam yang lepas, @RedmiIndia telah mengumumkan telefon pintar akan datang mereka – Redmi Note 9 – bakal hadir pada 12 Mac 2020. Dipasarkan dengan hashtag #ProCamerasMaxPerformance, berikut adalah apa yang anda perlu tahu mengenainya.

Dengan hashtag #ProCamerasMaxPerformance, gambar acahan menunjukkan peranti bakal memiliki tetapan kamera utama quad. Maklumat berkenaan spesifikasi teknologi agak sukar didapati, tetapi penggiat teknologi @ishanagarwal24 telah mengongsikan beberapa bayangan. Menurut perkongsiannya di laman Twitter, redmi Note 9 bakal memiliki reka bentuk berkilat, teknologi pengecasan pantas dan processor mantap yang mungkin merupakan sesuatu yang baru berbanding MediaTek Helio G90T oleh kerana Note 8 Pro dihuni cipset ini. Mungkin juga kita akan melihat cipset Qualcomm Snapdragon 865 untuk mempertahankan prestasi gaming.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasminya dan Xiaomi Malaysia bakal membawanya ke Malaysia juga. Untuk itu, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita Redmi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version