Site icon TechNave BM

Redmi Note 9 baru bakal hadir sebagai Redmi 9T untuk pasaran global termasuk Malaysia

Baru-baru ini, Redmi telah melancarkan Redmi Note 9 4G, Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G di pasaran China. Menurut sumber, terdapat maklumat di Federal Communications Commission (FCC) yang mendedahkan bahawa Redmi Note 9 4G mungkin hadir sebagai Redmi 9T di pasaran global.

Berdasarkan maklumat tersebut, Redmi 9T yang bakal hadir di pasaran global sebenarnya adalah Redmi Note 9 4G (M2010J19SC), tetapi dengan spesifikasi kamera berbeza. Sementara Redmi Note 9 4G memiliki tetapan tiga kamera, Redmi 9T bakal hadir dengan tetapan kamera kuad.

Jadual di bawah pula menunjukkan perbezaan di antara POCO M3 (M2010J19CG, M2010J19CT) yang telah dilancar baru-baru ini dengan Redmi 9T (M2010J19SG, M2010J19ST) yang akan dilancar dalam waktu terdekat. Redmi 9T bakal dilengkapi spesifikasi kamera seperti POCO M3, tetapi dengan tambahan lensa ultra lebar.

Malaysia juga dilapor bakal menerima Redmi 9T melalui berita tentang kehadirannya dalam penyenaraian SIRIM. Ia mungkin bakal dilancar dalam waktu yang terdekat.

Apa pun, kami masih tiada maklumat mengenai nama rasmi peranti baru ini sama ada Redmi 9T atau Redmi Note 9T.

Siaran pada berita lepas

Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak keseluruhan spesifikasi siri Redmi Note 9 disini!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version