Site icon TechNave BM

Redmi Note 9 Pro, Note 9 Pro Max hadir dengan warna baharu Champagne Gold

Menurut sumber, Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max bakal menambah pilihan warna baharu, Champagne Gold di pasaran India. Warna dengan tona merah jambu keemasan ini mula dijual di pasaran India sahaja setakat ini.

Terdahulu, siri Redmi Note 9 hadir dengan pilihan warna Midnight Grey, Forest Green dan Polar White sahaja. Di pasaran Malaysia, warna-warna ini turut tersedia. Namun, kami tidak pasti sama ada Xiaomi Malaysia bakal menyediakan warna Champagne Gold atau tidak kepada pasaran tempatan.

Sepintas lalu, siri Redmi Note 9 hadir di Malaysia dengan Redmi Note 9 standard dan Redmi Note 9 Pro Max dengan spesifikasi yang berbeza. Anda boleh menyemak spesifikasinya di pautan ini.

Adakah anda berminat sekiranya Redmi Note 9 Pro hadir dengan warna Champagne Gold di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version