Site icon TechNave BM

Redmi Note 9T lepas pensijilan NBTC, akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

Pada bulan lalu, Redmi telah memperkenalkan beberapa peranti terbaru siri Note 9 di China iaitu Redmi Note 9 4G, Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G. Redmi Note 9 4G telah dijual di pasaran global sebagai penjenamaan semula POCO M3 dan terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa ia mungkin juga memasuki pasaran lain sebagai Redmi 9T.

Untuk Redmi Note 9 5G pula, ia mempunyai nombor model M2007J22C dan varian global dengan nombor model M2007J22G. Terbaru, nombor model M2007J22G ini telah dikesan di pensijilan NBTC Thailand sebagai Redmi Note 9T.

Penyenaraian tersebut hanya mengesahkan akan kehadiran Redmi Note 9T dan ianya dikhabarkan akan memasuki pasaran Thailand, Malaysia dan beberapa negara yang lain.

Penyenaraian Redmi Note 9T di Thailand

Redmi Note 9T ini bakal menjadi penjenamaan semula Redmi Note 9 5G di China. Ia dijangka akan hadir dengan skrin LCD FHD+ 6.53 inci jenis punch-hole. Selain itu, ia juga dikatakan akan dilengkapi cipset Dimensity 800U 5G bersama RAM LPPDR4X RAM serta storan jenis UFS 2.1.

Di China, Redmi Note 9 5G ditawarkan sehingga RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Ia juga hadir dengan perisian MIUI 12 atas Android 10 dan dilengkapi slot kad microSD untuk storan tambahan.

Redmi Note 9T ini mungkin hadir dengan kamera swafoto 12MP dan tiga kamera pada bahagian belakang 48MP + 8MP + 2MP. Peranti ini juga dijangka hadir dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Berdasarkan berita sebelum ini, terdapat juga sumber yang menunjukkan penyenaraian peranti dengan nombor model M2007J22G di SIRIM. Jadi, adakah Redmi Note 9T bakal masuki pasaran Malaysia tidak lama lagi?

Nantikan berita lanjut mengenai Redmi Note 9T ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version