Site icon TechNave BM

Redmi Note 9T tersenarai dalam Geekbench, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 800U

Varian terbaru dalam siri Redmi Note 9, Redmi Note 9T, telah disenarai dalam perkhidmatan penanda aras GeekBench hari ini di mana ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800U (MT6853T), RAM 4GB, Android 10 dan sokongan untuk rangkaian 5G. Telefon tersebut mempunyai nombor model M2007J22G dan menunjukkan markah 599 untuk ujian teras tunggal serta 1790 untuk ujian multi-teras.

Pengguna Twitter Abhishek Yadav pula telah berkongsi beberapa gambar yang diakuinya sebagai Redmi Note 9T 5G, di mana telefon tersebut mempunyai tiga kamera 48MP + 8MP + 8MP yang disusun dalam bonggol kamera berbentuk bulat. Di hadapan pula, kamera swafoto 12MP berada dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin.

Spesifikasi lain yang dijangkakan untuk Redmi Note 9T adalah skrin LCD FHD+ berukuran 6.53 inci, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W.

Sebelum ini, Redmi Note 9T dilaporkan telah pun mendapat pengiktirafan NBTC Thailand. Selain itu, ia juga telah mendapat kelulusan SIRIM pada bulan November, oleh itu kita mungkin boleh menjangkakan kehadirannya pada Januari 2021.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Geekbench

Exit mobile version