Site icon TechNave BM

REDMI Pad 2 Pro Series dilancar di Malaysia: Tablet 12.1″ 120Hz, bateri 12,000mAh, SD 7s Gen 4 bermula RM999

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan tablet REDMI Pad 2 Pro dan REDMI Pad 2 Pro 5G iaitu siri tablet yang dikhaskan untuk mereka yang inginkan skrin besar dan prestasi tinggi.

Tablet ini mempunyai skrin berukuran 12.1 inci dengan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz untuk animasi lancar dan pengiktirafan TÜV Rheinland untuk pengalaman yang selesa pada mata. Untuk audio, ia mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos dan Hi-Res Audio yang boleh memainkan volume sehingga 300%.

Baterinya berkapasiti 12,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W dan turut menyokong pengecasan berbalik 27W untuk mengecas peranti lain. Cipsetnya pula menggunakan Qualcomm Snapdragon 7s Gen 4 Mobile Platform yang dibina dengan nod proses 4nm untuk menghasilkan prestasi pantas.

Ia dilengkapi sistem operasi Xiaomi HyperOS yang menyokong beberapa fungsi seperti Call Sync, Shared Clipboard, Network Sync dan Home Screen+ untuk memudahkan penggunaan dengan peranti lain seperti telefon pintar Xiaomi. Ia turut mempunyai Google Gemini dan Circle to Search with Google untuk bantuan harian.

Ia boleh digabungkan bersama stilus REDMI Smart Pen untuk tugas tulis dan lukis, serta papan kekunci REDMI Pad 2 Pro Keyboard untuk penggunaan mirip komputer riba.

Selain itu, sebuah lagi varian adalah REDMI Pad 2 Play Bundle yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ia mempunyai skrin 11 inci 2.5K 90Hz, bateri 9,000mAh dan cipset MediaTek Helio G100-Ultra. Ia turut mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri tablet ini:

ProdukVarianHarga pasaranPromosiPlatform
REDMI Pad 2 Pro  6GB+128GBRM 1,299RM999 (25 Sep – 3 Oct)Shopee
RM1,099 (3 Oct ke atas)mi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop
8GB+256GBRM1,399Hadiah percuma: REDMI Pad 2 Pro Keyboard + REDMI Smart Pen  mi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop
REDMI Pad 2 Pro 5G8GB+256GBRM 1,799 (bermula 15 Oktober)Hadiah percuma: REDMI Pad 2 Pro Keyboard + REDMI Smart Penmi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop
REDMI Pad 2 Play Bundle4GB+128GBRM 799 (bermula 10 Oktober)mi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version