Site icon TechNave BM

Redmi perkenalkan pengecas 300W di acara MWC 2023

Pada acara Mobile World Congress (MWC) 2023, Redmi telah memperkenalkan teknologi pengecasan baharunya yang sekali lagi memecahkan rekod dunia.

Redmi mendedahkan mod pengecasan berwayar Pengecas Kedua 300W yang boleh mengecas bateri 100% dalam masa 5 minit dan 50% dalam 2 minit. Ujian telahpun dilakukan pada edisi Redmi Note 12 Discovery yang mempunyai bateri 4,100mAh.

Teknologi 300W ini dibangunkan sendiri oleh Xiaomi menggunakan cip pam cas 6:2 dan kecekapan penukaran maksimum cip setinggi 98%. Pengecas Super 300W ini adalah berdasarkan reka bentuk bateri dwi-tali manakala arus input sel bateri adalah setinggi 30A yang memerlukan sel bateri mempunyai kadar pengecasan ultra tinggi sebanyak 15V.

Xiaomi menggunakan jenis bahan karbon keras baharu dalam bateri telefon memberikan laluan tindak balas yang lebih mudah untuk ion litium. Ia menggunakan penyelesaian penyepaduan GaN generasi keempat yang menyokong kuasa tinggi, bersaiz kecil, mempunyai penjanaan haba yang lebih rendah dan kecekapan yang lebih tinggi.

Untuk pelesapan haba, pengecas 300W mempunyai grafem kawasan besar untuk mencapai outputkuasa ultra tinggi dengan pencegahan haba secara serentak. Xiaomi juga mendedahkan bahawa dengan peningkatan kuasa sebanyak 43%, volumnya adalah sama seperti pengecas 210W generasi sebelumnya Xiaomi.

Pada masa ini, pengecasan 300W daripada Redmi terhad kepada ujian sahaja. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: MyFixGuide

Exit mobile version