Site icon TechNave BM

Redmi sah hadir dengan peranti “gaming” tahun ini, adakah harganya masih berpatutan?

Terkini, Naib Presiden Xiaomi Lu Weibing telah mengesahkan bahawa Redmi bakal hadir dengan peranti gaming di pasaran. Pengesahan ini hadir bersama dengan pengenalan peranti Redmi baru dengan cipset Dimensity 1200 yang baru sahaja diumum.

Menurut Lu Weibing, Redmi akan menumpukan kepada e-sukan dan melancarkan telefon gaming pertama pada tahun 2021. Persoalannya, adakah harganya masih kekal pada prinsip Redmi sebagai peranti dengan harga berpatutan?

Melalui siaran sama, Lu Weibing turut menyatakan bahawa pengalaman e-sukan mantap ini bakal dibawa kepada peminat dengan harga yang tidak dapat ditolak. Menurut pemahaman kami, peranti gaming Redmi mungkin hadir dengan konsep harga berpatutan yang sama. Mungkin ia sedikit mahal jika dibandingkan dengan peranti Redmi segmen kelas permulaan, namun berpatutan jika dibandingkan dengan peranti gaming andalan lain.

Kita juga masih tidak tahu jika peranti gaming ini berada dalam kelas pertengahan atau andalan seperti ASUS ROG Phone 3 atau Black Shark 3. Waktu ini adalah waktu yang masih terlalu awal untuk membuat spekulasi, maka kita perlu menunggu berita seterusnya untuk peranti gaming Redmi ini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version