Site icon TechNave BM

Redmi sahkan telefon “gaming” mereka akan dilancar pada hujung bulan ini

Sejak beberapa minggu lalu, berita tentang telefon gaming pertama oleh Redmi telah hangat diperkatakan dalam media. Kini jenama telefon pintar itu mengesahkan bahawa telefon gaming mereka akan dilancar pada hujung bulan April di China.

Redmi tidak mengesahkan sebarang spesifikasi untuk telefon gaming tersebut, namun mereka telah berkongsi beberapa poster yang menunjukkan kolaborasi mereka dengan game mudah alih terkenal, Call of Duty Mobile.

Sebelum ini, telefon gaming Redmi itu dikhabarkan bakal dilengkapi cipset andalan Dimensity 1200, skrin OLED, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W dan butang sentuh di bahagian bucu. Daripada segi harga, ia dijangka akan dijual pada harga CNY2,000-2,500 (~RM1,264-1,579).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming Redmi yang pertama dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version